Monday, January 31, 2011

Masalah TAK Seberapa

Korang semua..!
PERHATIAN kepada semua pelajar-pelajar yang dilanda masalah!
Apa yang anda akan buat?
Berdiam diri? Settle kan sendiri masalah anda ataupun minta bantuan rakan?

Bagi saya sendiri la kan,untuk luahkan masalah memang agak mudah. Tapi,sudi ke orang mendengar luahan hati kita? Ada ke? Mungkin ada kot,kita je tak perasan.

Betul tak? Is that right?


Kadang-kadang kita rasa yang masalah kita ni besar,rupanya ada orang lagi yang dilanda masalah yang lebih besar dari kita. Sepatutnya,bersyukur lah kita ni. (Aku pun tak bersyukur jugak,haha)

Aku bukannya apa,kadang-kadang,aku rasa lah yang aku ni agak malang,tapi,masih ada orang yang lebih malang daripada aku. Aku kena muhasabah diri lah. Lagipun,dah nak SPM ni,mane boleh main-main lagi.

Erm,jadi,cukuplah aku merapu sekarang ni. Rasa macam nak makan pulak,lapar daa.. Ok,chow.

Saturday, January 15, 2011

HARI-HARI YANG MENJENGKELKAN

Sekolah dah mula. Dah beberapa minggu sekolah ni,aku rasa macam cepat sangat pulak masa berlalu. Sekejap je rasa. Terpaksa lah aku tempuh hari-hari yang tak berlagu ni.

Isnin-Assembly,belajar math,bio,bm,sejarah n balik.
Selasa-bawak baju sukan,ade pendidikan jasmani,balik ade latihan hoki.
Rabu-Belajar2! Balik ade meeting Pembimbing Rakan Sebaya. Mesti balik lambat punya.
Khamis-Aku bertugas buang sampah! Sampah betul orang yang suruh aku buang sampah tu! (Adelah yang aku maksudkan tu). Balik ade kelas tambahan fizik kat sekolah.
Jumaat-Aku kena belaja chemistry,fizik,math dan bm. Malasnyer. Balik kena solat jumaat. Kena lalu depan mgs,arggh! Malas2!
Sabtu-Aku ade perjumpaan PBSM. Da lah kena jadi junior balik. Malu betul aku. Takpe,pertengahan tahun aku jadi senior la balik. Hahaha!
Ahad-REHAT. Itu pun belum tentu dapat rehat kalau ada banyak keje kat rumah.

Setakat tu la jadual ketat aku sepanjang aku dalam musim persekolahan ni. Macam2 laa..yang penting spm dah dekat. Ye tak?

TAMMAT.