Wednesday, May 18, 2011

Exam,Exam,Exam!

Brape kali mau exam daa..? Aku dah tak tahan lagi asyik gagal saje! Susah woo,xabeh2 nak pekse. Biler nak abeh silibus aku pun tak tahu laa... Asyik2 exam,exam,exam! Mana boleh tahan. Tapi,ada gak baiknya. Aku yang daripada malas bukak buku ni,terus rajin bukak buku ye. Haha. Itu yang baiknye.

Yang tak baiknye,asyik fail je even aku dah baca buku. Lagi2 add math! Perh! Menangis lau nak jawab paper nye. 2 jam uh leh wat tido je. Hadoii..punggung aku pun leh jadi kebas lau duduk kat krusi lame2..

Ksimpulannye,exam ni ada baik,ada buruknyer. SEKIAN.

Tuesday, May 3, 2011

Money,Love Or Respect?

Aku sebenarnya tak tahu nak pilih yang mana. Antara duit,cinta dan penghormatan,mana lagi penting? Bagi aku,semua tu penting. Tapi,mesti ada keutamaan,maksud aku,mana yang paling penting? Aku pun keliru mana satu yang aku nak pilih. Katakan...

Kalau aku pilih duit. Duit memang susah nak cari,tapi senang nak habiskan. Tak tahu lah kenapa. Bila time sesak,mulalah nak pinjam duit kat orang. Kadang2 bila aku fikir balik,patutnya aku ni berjimat. Bukannya asyik dok membazir je.. Aishh..sedih pulak aku bila fikir yang aku ni selalu ada masalah kewangan. Yela,aku teringin jugak nak gaya hidup orang mewah. Boleh beli macam2. Duit tak pernah habis..tapi,apakan daya,itu cuma angan2 je.

RESPECT. Aku nak orang hormat aku. Kadang2,ada jugak budak2 yang kurang ajar dengan aku,umur baru setahun jagung,dah pandai kurang ajar. Memang budak tu nak kena ajar laa. Itulah,teringin jugak aku nak orang hormat aku. Ini cakap dengan aku tak beradab. Tapi,biadap! Bahalol betol! Ape laa. Haha..aku rasa kalau orang nak hormat aku,memang takkan laa.. sebab? Aku pun tak tahu..haha

Cinta? Aku tak nak komen pasal cinta. Banyak kali kecewa baii...bengang saja! Orang kata,jodoh tak dikejar,akan datang sendiri. Tapi,kalau dah tunggu,tak dapat,nak wat hape? Kan? Kan? Baru2 ni,aku dikecewakan lagi! Aiyaa...sedih laa!

So,aku rasa,aku memang keliru nak pilih mana satu. Semua penting. Emm..pilih semua jela!

Friday, April 22, 2011

NASIHAT?

Salam,
Waktu ni,detik ni,aku nak share something ngan korang. Ape bende? Ini cite pasal orang yang agak2 bodoh tapi pandai. Ramai member2 yang aku kenal,diorang pandai,tapi pemalas. Camne bangsa kita mahu maju? Ingatlah kata-kata pepatah,melayu mudah lupa. Bukan nak kutuk kaum sendiri,tapi,itulah kenyataannya. Pandai tapi malas. Camne nak berjaya?

Itulah,kalau nasihat,dengar,tapi tak buat. Kadang-kadang ada jugak yang tak makan nasihat. Apa yang diorang tahu,makan nasi je. Aihh..ape nak jadi ni. Kena lah sedar dari sekarang,kalau tak sedar dari sekarang,bila lagi nak sedar? Aku nasihat ni pun untuk diri sendiri jugak. 

Yang penting sekarang ni,kena2 lah rajin dan berterusan belajar. Ini tidak,asyik enjoy aje. Enjoy pun agak2 lah. Lepas SPM kan boleh. Ini sebelum SPM,enjoy macam lepas abeh SPM,padahal SPM pun belum ambik lagi daa..naik heran aku.


Kesimpulan yang bersimpulnya,korang dan aku kena sedar,yang kita semua ni kena jadi rajin. Kalau tak rajin,camne nak berjaya? Orang boleh bagi 1001 alasan untuk tutup kesalahan diri,tapi,nak 1001 cara untuk berjaya,susah nak ikhtiar.


SEKIAN.

Sunday, April 17, 2011

Additional Mathematics!

Assalamualaikum semua...
Haha,kali topik yang aku nak share kat sini pasal add math. Apa itu add math? Nama penuh add math ialah ADDITIONAL MATHEMATICS. Sape2 yang amek add math ni mesti mengeluh tak tentu pasal. Serius. Aku yang dari kelas sains ni pun tak lepas add math. Camne? Haiyaa...susah woo...

Bukan pasal tak faham formula. Latihan pun aku buat jugak. Tapi,tak pernah jugak nak lulus biler exam. Tak tahu la aku nak buat camne lagi. Nak kata tak belajar,aku belajar. Haiyaaa...add math punya pasal,aku jadi tak senang duduk. Haha..

Takpelah,apapun,bagi aku,add math tetap SUSAH. Takde yang senang dalam dunia ni. Percayalah.

SEKIAN.

Thursday, March 24, 2011

FAILURE

Hello korang semua!
Ujian bulan 1 baru je habis. Result yang aku dapat pulak teruk2 belaka. Memang celaka betul lah. Itulah,sebab tak study punya pasal kan. Walaupun aku ada bukak jugak buku,tapi,masih fail jugak. yang menjdai masalahnya,add math aku sentiasa je fail. Tak tahu kenapa,study bukan main banyak,fail jugak. Markah berapa,rahsia lah! Kalau gitau nanti,malu kucing la!

Adui,macam mana nak upkan aku punya result ni?! Asyik teruk je memanjang. Apo kono eh jang?! Susah betul,aku nak pergi tuisyen,duit pulak takde. Dah tu,transport pun takde. Ini,kalau begini tiap2 exam,time spm camne? Aiyak! Jangan kantoi sudah.

Bio,fizik,kimia,lagi satu hal. Camne aku nak dapat semua subjek tu A? Sekarang dah tak boleh rilek2 lagi. Kene push up dari sekarang,kalau tak,spm kantoi la jawabnya. Jadi,pikir sendiri laa. Chow.