Friday, February 4, 2011

Gumbira Di Hati

Bila masanya aku gembira? Entah,aku pun tak tahu... Yang pasti,aku selalu gelak-gelak dekat sekolah.(Itupun kira gembira jugak ke?) Kadang-kadang aku tengok ada orang gelak tanpa sebab. Gila agaknya kot. Hahaha..

Apa-apa jelah. Akhirnya aku dah tahu,yang happiness ni memang tak boleh dibeli,tapi boleh dapat. macam mana? Fikir-fikir sendirilah.. Kawan-kawan aku yang sentiasa buat aku gembira,aku boleh pulak tak perasan. Haiiyaa..bukan tak perasan langsung,perasan sikit-sikit jelah. Kegembiraan aku bermula di sekolah. Masuk je kat dalam kelas,sudah bosan. Aku takde persamaan kimia dengan classmates aku. Itu sahaja.

Bila lepak dengan budak-budak kelas sastera,maka,kegembiraan muncul di hati aku. Aku pun tak tau kenapa. Tapi,mungkin otak aku sama dengan diorang kot. Kenapalah aku tak dapat masuk kelas sastera? Aku bukannya pandai mana pun. Haha,tapi,berkawan dengan diorang memang betul-betul buat aku gembira. Lawak diorang menggeletek hati. Gelak je keje.

Diorang ni gembira,tapi,belajar malas. Itu jelah kelemahan diorang. Erm,kalau aku rasa bosan sangat2 di rumah,aku calling2 la si dia. Tapi,buat masa sekarang,dia sibuk la. Struggling for SPM katakan. Ah,biarlah..dia pun selalu gak buat aku gembira.

Sebenarnya,aku pun tak tau apa mesej yang aku nak sampaikan ni? Korang baca jela.

SEKIAN,TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment