Saturday, December 4, 2010

CONFLICT FOR REPLACE HER PLACE

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..haha..
Aku ada benda hangat nak post kat sini ye...nak tahu ape die? Bacalah blog ni sampai habis. jangan baca setengah je. Nanti tak paham cerita,susah nanti. Jadi,teruskanlah membaca dengan hati yang ikhlas. :p

Semalam,5/12/2010,aku dan 3 orang sedara aku lepak laa kat kedai makan bersama abang Nazli. Siapakah beliau? Beliau abg angkat kami berempat. Haha,die ni baik orgnye. Ya,adalah sepupu aku yang sowang ni agak pelik laa jugak sebab tak tau baca doa Qunut. Tapi,itu ok lagi,daripada yang sorang tu,tak habis2 nak cakap I love you laa,bnde laa..haisshh..macam2,memang sengal betul.

Pada malam tersebut,aku dapat berita yang kurang enak didengar lah. Girlfriend aku mintak clash dengan aku. Oh my God,it is happen again! Aku pon dengan rela hatinya putus jela dengan Girlfriend aku. Maka,secara rasminya,die menjadi kawan aku atau lebih tepat sekali,EX aku. Aku pon tak kisah laa..lagipon,kita sama2 sepakat nak putus kan,jadi,ape ade hal?

Back to the story,Im with my cousin and my foster brother,watch an English Premier League. Urm,Im very so menyirap laa tengok Chelsea lawan. Lagi2 bile ade tokey kedai yang memang betul Die Hard Fan Chelsea. Beliau disini tidak perlulah aku sebut namanya. Takut die marah laa pulak. Apapon,keputusannya,Chelsea seri. Memang bagos!

Lepas balik tu,aku dan 2 orang lagi sedara aku lepak laa sambil2 tu,mengutuk2 orang yang kitorang tak suke. Memang best la kutuk2 ni. Tapi,aku tau benda tu berdosa. Tak baik,tapi buat jugak. Hahaha. Apapon,kitorang gelak2 sampai pecah perut. Lawak sangat pulak. Sampai aku gelak2 tak cukup nafas. Hahaha.. :D Yang lagi sorang sedara aku pulak,asyik online je. Lama pula...tapi,suka hatilah die nak online sampai pkul brape pon,asalkan die tak kacau hidup aku. Betul tak? Kan? Kan?

Dengan itu,sekarang ni,secara official laa aku single. Ada pulak pepatah mengatakan bahawa 'Single so simple,couple make trouble'. Tapi,aku tak berapa setuju sangat laa pulak. Kenapa? Entahlah pulak. Sebelum tidur,aku terfikir,siapa yang bakal menggantikan tempat gf aku? Siapa yang layak? Aku pon tak berapa pasti,sebab aku pun ada suka kat seseorang sekarang ni,tapi,taktau lah aku. Macam bertepuk sebelah tangan je. Aku harap segalanya berjalan lancar lah. Harap-harap dapatlah aku cari pengganti cepat2. Ish,tak baik gelojoh.

Maka,pada detik ini,saat ini,waktu ini,aku baru sahaja habis update blog ni. So,aku nak mengundur diri dulu lah. Jadi,thanks for reading my blog.


Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment