Sunday, December 5, 2010

Mengapa Begini?

Assalamualaikum,
Selamat malam pada yang membaca blog ni pada waktu malam dan selamat siang pada orang yang membaca blog ini di siang hari. Haha. Sekarang,aku nak menulis blog ini pasal "MENGAPA BEGINI"?

Mengapa begini? Ya,anda tentu tertanya-tanya mengapa begini? Yup,sebab mengapa begini ialah kerana benda nya dah berlaku begini. Ah,masuk air pulak. Ok,time to be serious.

Pada pukul 9.40 tadi,aku didesak oleh seorang sahabat aku supaya cakap siapa orang yang aku suka tu. Aku berkeras bahawa aku takkan bagitahu kat dia. Tapi,atas dasar keperimanusiaan aku,aku pun bagitahulah. Siapa dia? Dia ialah..aku takkan bagitau laa. Bahaya lah wei. Walaubagaimanapun,aku dah tahu keputusan dia. Takkanlah die nak terima aku pulak,melampau lah tu. Cukup sekadar aku melihat dia bahagia dah laa. Tapi,aku betul2 ikhlas suka kat die. Perasaan sayang aku ni membuak2 pulak. Ah,jiwang pulak perginya. Benci aku. Aku dah tahu dah ayat yang akan disampaikan kat aku. Contohnya:-

"Aku tak boleh nak terima kau lah sebab aku dah suka kat orang lain. Apa yang aku boleh buat? Maaf."
"Aku tak boleh terima kau sebab aku dah anggap kau macam kawan sendiri. Aku terkilan lah."

Dan pelbagai lagi. Ayat2 tersebut boleh didapati di dalam novel cinta ya. Tak kisah laa apa pun,asalkan aku dah luahkan perasaan aku,dah laa. Yang penting,aku puas hati. Namun,aku masih tidak berpuas hati lagi kerana dia masih belum menjadi milik aku. Hm,takpe. Kita lihat dan tunggu apa yang akan berlaku akan datang. Cerita ni akan bersambung tak lama lagi. Haissh,aku rasa macam aku buat karangan BAHASA MELAYU pulak. Kisah fiksyen. Aku dah boleh buat novel dah sekarang kalau ayat2 aku puitis begini. Haha. Perkara2 cinta ni kita tak boleh buat main2.

Dengan itu,aku tamatkan blog simple ni dengan perkataan assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment