Saturday, December 4, 2010

NEXT YEAR WERE THE LAST YEAR!

Assalamualaikum...
Hah,kali ini aku nak menulis tentang tahun depan. Tahun depan adalah tahun terakhir aku di sekolah laa. Kenapa? Aku nak berhenti sekolah ke? Taklah,sebab tahun depan kan aku tingkatan 5,sebab tu lah aku kata tahun terakhir. Aku akan menduduki peperiksaan besar iaitu SPM lah. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. Kena buat betol2,kalau tak,memang teruk laa aku. Duduk umah tanam anggur ataupun manggis lah. Hahaha..:D

Kelas yang aku duduki sekarang ni,kelas Sains Tulen. Maknanya,aku tak boleh main2 laa dalam SPM. Aku nak kejar cita2 aku ni. Ape cite2 aku? Tanya lah aku. Nanti dapat lah jawapannya.

Sekarang,subjek yang paling susah bagi aku adalah subjek add math,physics and math. Those subjects are very tough to score A+. If i can get A+ in all subjects,I think I will be the genius in my school. Haha,dream on. But,dream would be true if we study with the correct way. Azam aku nak masuk UITM(Universiti Teknologi Mara). Tak kisah laa dapat kat mana-mana pon. Janji masuk U sudahlah. Tapi,perkara yang paling penting sekarang ni ialah,cemerlang dalam semua subjek SPM. Memang gempak. Aku harap sangat2,fizik dan matematik tambahan aku dapat A+. Tapi,fizik memang betul2 susah aku cakap. Kalau banding biologi,fizik dan kimia,aku rasa biologi dengan kimia lagi senang. Fizik nak kena kira2 laa,ape laa..susah betul. Ish,kalau aku asyik mengeluh je,takde usaha,tak boleh berjaya jugak. Yang penting,usaha tangga kejayaan! Putus asa tangga kecelakaan!

Haduii..tahun depan tahun terakhir...memang aku rindu sangat2 lah kat kawan2 sekelas aku,lagi2 si Azriel yang selalu kena kacau dengan kawan2 sekelas aku. Dia selalu sangat terperangkap dengan kata2 die sendiri. Macam siot. Hahaha..ni kalau die baca blog aku ni,mesti die naik angin punye laa..percaya lah cakap aku. Lagi 1,aku mesti rindu dengan budak2 masuk air. Diorang selalu menceriakan suasana walaupun diorang kadangkala menyakitkan hati jugak. Itulah mereka. Walaupun sekolah aku ni tak lah besar manapun,tapi,aku tetap rindu sekolah aku ni. Huwaaa...aku cakap ni,macam aku pulak nak ambik SPM esok. Heh..

Adess...penat betul tangan aku menaip ni,nak kena rehat2kan dulu laa..nampaknya,setakat ini lah aku menaip blog ni,lepas tu aku update semula blog aku ni di kemudian hari.

Wasalam...

No comments:

Post a Comment