Sunday, December 5, 2010

WEST ROAD HIGH SCHOOL

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Haha..pada waktu ini,aku nak post 1 blog yang memang confirm masuk air punya lah. Korang boleh gelak kalau baca post ni. Tak percaya ke? Cuba baca. Kalu tak boleh gelak jugak,buat-buat lah gelak,kesian lah kat aku ni. Penat menulis blog,tapi,takde siapa nak hargai. Ceh,touching pulak. Aku mulakan sekarang lah.


Baik,siapa2 yang duduk kat klang ni mestilah tahu SMK Methodist ACS Klang ni kat mana kan? Begitu jugak dengan SMK(P) Methodist Klang kan? Kalau tak tahu,buat2 lah tahu,kalau tak nak tahu,tak payah ambik tahu. Kalu tahu,bagitau kat yang tak tahu ni. Apa pendapat korang kalau sekolah ni dicampurkan? Maksud aku,bergabung lah. Mesti jadi gempak punya. Ini semua inspirasi daripada idea sahabat baik aku,Ikmal Alif. Die lah yang banyak bagi idea kat aku. Aku cuma tolong modified sikit je. Bukan sikit,banyak gila lah. Betul aku cakap,idea ni memang masuk air. Kalau betul2 sekolah ni wujud,rakyat klang confirm senang hidup lah. Mukadimah pun dah panjang begini,apatah lagi isi? Aku ada banyak isi dan usul yang nak dibentangkan ni. Hahaha...:D


Baiklah,mula2 nama sekolah ni bila dah bergabung ialah SMK Jalan Raya Barat ataupun nama komersialnya WEST ROAD HIGH SCHOOL(WRHS). Mengapa begini? Suka hati aku lah nak tulis ape pon,ini blog aku,siapa yang kisah? Cakap dengan aku. Haha. Sekolah ni ada 1 sesi sahaja. Pagi jela. Maknanya,budak2 dah tak payah susah pergi sekolah pada waktu tengah hari sebab sekolah pun ada 1 sesi je. Jadi,gembiralah pelajar.


Sekolah ni ada macam2 aliran bagi murid tingkatan 4. Antara aliran tersebut:-
-Sains Tulen
-Sains Agama
-Sains Teknikal
-Sastera
-Akaun
-Teknik & Vokasional


Bagus kan? Pelajar dengan senang hatinya boleh pilih aliran yang mereka suka. Kalau betul2 sekolah ni wujud,mesti sekolah ni akan jadi sekolah bestari. Hah,angan2 jela.


Yang paling best dalam banyak2 idea ialah prom night. Prom night buat kat sekolah ACS aje pon dah cukup gempak. Mesti ramai student datang punya. Lagi2 bila prom night start from 9pm-2am. Mahu tak best? Confirm gila kentang punya lah. Pelajar2 mesti teruja bila tarikh prom night makin dekat. Tak percaya? Cuba buat 1 hari untuk prom night. Mesti semua pelajar dalam sekolah menjerit punya. Masa prom night,macam2 show yang khas dipersembahkan oleh pelajar2 yang terpilih. Khususnya aku ni. Ceh,perasan pulak. Masa tulah yang mane budak2 laki yang single,senang dapat awek bila datang prom night ni. Tak ke bagus? Tapi,kalau dah campur macam ni,mesti akan berlaku pergaduhan punya lah. Takpe,kawasan sekolah dikawal ketat oleh pelbagai pihak2 yang kurang bertanggungjawab. Hahaha..:D


Kalau sekarang ni,ACS dan MGS hanya sekolah 1 jantina je,tapi,di WRHS,tidak. Sekolah ini mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar apabila kedua2 jantina saling bertemu. Secara tidak langsung,ia akan mewujudkan perasaan segan2. Bila segan2,maka laki2 pon tak berani gaduh sebab diorang nak control macho. Nak gaduh,gaduh kat luar sekolah. Itu korang punya pasal,aku tak ada hal.


Kantin pulak,ada makanan yang sedap2. Contohnya,ayam panggang,pizza,taco,kentang goreng,kentang putar dan sewaktu dengannya lah. Hah,memang semua pelajar pergi rehat punya lah. Harga yang dikenakan memang berpatutan. Kawasan kantin pun akan dibesarkan demi keselesaan pelajar.


Selain itu,masalah disilin jugak takkan ada jika korang bersekolah kat WRHS ni. Bila buat salah lebih 5 kali,buang sekolah. Takde kompromi ataupun simpati. Budak2 bermasalah tak patut diberi peluang. Haha..kenape? tak puas hati? Blog aku,aku punya suka lah. 


Kelab2 kokorikulum pon akan ditambah,khususnya kita tekankan bagi kelab bahasa perancis,kelab muzik dan kelab bahasa jepun. Semua pelajar wajib menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum. Kalau tak nak jugak,pihak sekolah akan mengenakan denda sebanyak rm2 bagi setiap pelajar yang tidak hadir ketika berlakunya aktiviti koko. Tak nak bayar,sebat kat punggung jelah. Habis cerita. Sebat pakai kayu buluh yang nipis. Memang best! Kalau dah kena,tak boleh tidur malam punya lah. Sampai tercirit2 kalau kena. Tak percaya? Suruh cikgu korang hayun rotan kuat2. Lepas tu,BAMM!! Pedih woooo...


Perpustakaan. Perpustakaan pelajar akan direnovate sampai jadi macam perpustakaan negara. Air-conditioner+kipas angin pun ada. Sejukk...huhu.. Tengoklah,pelbagai buku disediakan. Semua buku ada,kalau takde,boleh beli sendiri lah bukunya. Peraturan pun ketat jugak. Siapa2 yang lewat pulangkan buku,kena denda lah. Bayar rm4 bagi setiap hari yang lewat. Kalau lewat pulangkan dalam 3 hari. Maka 4+4+4=RM12 la kena bayar. Tak bayar,buang sekolah. Senang cerita. Kejam sangat ke? Kalau kejam,tak payah pinjam buku la. Yang gatal sangat pergi pinjam buku kenapa? Kan dah kena. Sendiri cari masalah,salahkan orang pula. Hahaha..


Kedai buku. Pelbagai jenis buku dijual kar sini. Pilih aje. Semua ada. Dari buku ilmiah hingga ke novel,semua ada. Tinggal nak beli atau tak nak je. Harga dijual berpatutan. Kedai buku pun dilengkapi jugak dengan peghawa dingin. Agar pelajar selesa semasa membelek2 buku. 


Dewan kuliah. Kat sini,biasanya sempit,tapi,setelah direnovate,kawasan dewan akan menjadi luas. Pelajar2 pun boleh pilih nak duduk mana bila ada ceramah. Dengan syarat,pelajar kena diamlah bila nak duduk. Penghawa dingin pun disediakan. Amacam? Ok tak dengan fasiliti sekolah ni?


Padang sekolah. Padang ni akan diubahsuai dan akhirnya akan menjadi seperti padang bola di Old Trafford. Tak ada lagi padang yang lopak2,rosak,buruk,jijik dan macam2 lagi. Conform pelajar lelaki suka gila main kat padang ni. Luas,bersih dan sewaktu dengannya.


Penutup. Aku akan sambung idea gila aku ni bila aku ada idea,sekarang,ini jelah idea yang aku ada. Memang best kalau sekolah ni betul2 wujud. Masalahnya sekolah ni tak wujud. Aku cakap,mesti budak2 ACS dan MGS fikir benda ni. Kalau korang suka idea ni,boleh la apply idea ni kat JKR(Jabatan Kerja Raya) suruh bina sekolah ni. Pakai duit PIBG laa. PIBG kaya,cuma kedekut aje. Tak percaya? Cuba fikir sendiri,mana pergi duit yuran2 pelajar,untung gerkorama,hari kantin dan sewaktu dengannya. Kemana duit tersebut menghilang? Takpe,jangan kusut2,pergi tanya cikgu korang cepat. Kemana duit itu hilang? Jadi,fikir2kan lah dan renungkan lah apa yang aku kata ni.


Wasalam.

4 comments:

  1. x habes2 dgn skola cmpur ko.. dream on lah~ haha,

    ReplyDelete
  2. da jadi macam private school la pulak . tp aku lg suka sklh tu xdigabungkan . hahahaha :D * even aku dari mgs da pndah ke teknik . ngee :D

    ReplyDelete
  3. Huwaa...tp,asenyer idea ni mcm xleh pkai jer. Haha,mane dtg bajet nk wat skola ni,ye x?

    ReplyDelete